Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Md Rayhan Mohon Maaf...

PUTRAJAYA - Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada...

Beijing Tuduh Washington Pembuli

BEIJING ā€“ Amerika Syarikat (AS) dan China berbalas menguatkuasakan tarif ke atas barangan...

Wujudkan Agensi Berita ASEAN...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Berang Ditegur, Enam Lelaki...

MELAKA: Padah memukul dua beranak warga tempatan sehingga salah seorang daripadanya koma, enam...

Sibuk Nak Beg LV Free, Ramai Jadi ‘Mangsa’ FB Palsu Datuk Vida

BILA bercakap mengenai jutawan wanita paling berpengaruh pastinya akan terbayang wajah Datuk Vida yang cukup sinonim dengan tagline; ‘Qu Puteh.. Qu Puteh.. Barulah Putihhh’.

Mana tidaknya, pengasas komestik itu tidak henti-henti menaja pelbagai program hiburan, pasukan bola sepak dan bermacam-macam lagi dengan jumlah jutaan ringgit.

Vida

vida

01f5

5101

Kekayaannya yang dimiliki juga mengejutkan ramai sekali gus hangat diperkatakan selepas beliau mendedahkan aset dan koleksi peribadi mewah yang dimiliki menerusi programƃā€šĆ‚Ā  ‘Terlajak Puteh, Nampak?’ yang dihoskanƃā€šĆ‚Ā Dato’ Aznil Hj Nawawi.

Barangkali kerana populariti yang dikecapinya itu, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan akaun Facebook palsu menggunakan namanya iaitu DSV – Dato’ Seri Vida.

Paling melampau, apabila akaun itu turut menipu netizen kononnya Datuk Vida mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma dengan syarat pengikutnya perlulah berkongsi gambar statusnya.

Status itu sekali gus menjadi viral hingga mendapat lebih 45,000 likesƃā€šĆ‚Ā dan dikongsi 200,000ƃā€šĆ‚Ā shares gara-gara ramai yang mengimpikan untuk memiliki beg jenama mewah itu.

Apa yang kelakarnya, ada pulak netizen yang meluahkan harapan dan kisah sedih mereka semata-mata berharap Datuk Vida bersimpati seterusnya melayakkan mereka mendapat beg tersebut.


“Kalau dapat ini memang rezeki nak kahwin.. ƃā€šĆ‚Ā Alhamdulillah mujur ada Pamoga.. thanks DSV, kata seorang wanita.

“Kak. Saya sekarang kerja sebagai pembancuh simen. And now saya sedang menyiapkan wisma DSV di jalan wakaf siku tu. So jika kesempatan. Datang la tengok saya nak cat bangunan baru tu dan jika nempak lawa dan kemas, kasi la beg tu ya. Nak bagi kat bini hehehehee,” kata seorang lagi netizen.

Berikutan itu, Datuk Vida menerusi akaun rasminya Dato’ Seri Vida menafikan pemberian hadiah berupa beg tersebut.

13000113_1115561195132506_1779891925715075403_n

Jelasnya, page akaun Facebook atas namaƃā€šĆ‚Ā DSV – Dato’ Seri Vida adalah palsu dan dia tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana status yang dimuat naik.

“Sebarang promosi/iklan/hadiah atau apa-apa yang berkaitan tentang Vida Beauty atau Qu Puteh adalah TIDAK BENAR/PALSU sama sekali!!,” katanya.

Haihhh.. rasanya pemiliki akaun palsu Facebook Datuk Vida ini layak ditangkap. Yelah, lebih 200,000 orang tertipu bulat-bulat gara-gara mahukan beg tanganƃā€šĆ‚Ā Louis Vuitton.

Mungkin, inilah yang dinamakan, ‘Tipah Tertipu Bang!’. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori