Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Singapura Kongsi Teknologi...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura bersetuju untuk berkongsi teknologi dan mencari jalan bagi...

Had Laju Jalan Raya...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mewartakan penurunan had laju bagi...

Jadikan Pelajar Modal Insan...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru semua...

‘Abang Is’ Didenda RM16K...

SEPANG - Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Abang Is dalam kalangan pekerja...

Smart Lokap Tingkat Sistem Kawalan Keselamatan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 58 daripada 704 lokap di seluruh negara telah dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) pintar yang akan diaplikasikan dengan Teknologi Pelaporan Analisis Pemantau Sendiri (SMART) bagi mempertingkatkan sistem kawalan keselamatan pusat tahanan banduan.

Projek bernilai RM3.5 juta itu adalah hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), MIMOS Berhad di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknolgi PDRM, Datuk Zaleha Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata melalui SMART Lokap, penekanan akan diberi kepada penggunaan teknologi terkini dan baharu berbanding penggunaan CCTV konvensional.

“PDRM kini bergerak ke arah ‘Internet of Thing’ dan ‘Big Data’,” katanya.

Sistem SMART Lokap dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Zaleha berkata di bawah Sistem SMART Lokap, CCTV akan ditempatkan dalam setiap lokap dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang pergerakan atau perilaku yang mencurigakan oleh tahanan atau pihak lain.


“Antara aktiviti yang dapat dikesan melalui CCTV pintar itu adalah seperti tindakan agresif, memanjat dan melepak di samping menyediakan keterangan forensik bagi mengoptimumkan produktiviti dan pengoperasian lokap.

“Melalui perkara-perkara ini PDRM akan dapat meningkatkan sistem pengurusan lokap berpusat di setiap kontinjen dan memastikan keselamatan tahanan sementara menunggu prosedur undang-undang yang seterusnya,” kata beliau.

Zaleha berkata PDRM berharap dengan adanya sistem yang lebih efisien itu, pemantauan dan kawalan keselamatan di lokap akan dipertingkatkan bagi mengelak insiden-insiden tidak diingini berlaku. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori