KUALA LUMPUR – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) akan mengadakan Majlis Solat Hajat Mohon Hujan di Empangan Sungai Terip di negeri itu pada 6 April ini.
Sains dalam satu kenyataan memberitahu, majlis tersebut akan berlangsung pada pukul 10 pagi itu akan turut disertai pelajar dari sekolah tahfiz.
“Majlis ini diadakan bagi memohon hujan berikutan Fenomena El Nino yang melanda negara yang mengakibatkan kekurangan kadar taburan hujan di kebanyakan negeri.
“Majlis ini akan dihadiri oleh kakitangan Sains serta para pelajar dari Sekolah Tahfiz Al-Falah, Seremban,” kata kenyataan itu hari ini.
Fenomena El Nino yang sedang melanda negara menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering menyebabkan beberapa empangan air di seluruh negara menyusut.