Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Gemuk Sebabkan Pusat...

VIRGINIA (Amerika Syarikat) - Satu mayat seberat 362 kilogram menyebabkan sebuah pusat membakar...

Tuanku Zara Rasmi Relay...

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Program ‘Relay...

Gua Komunis Di Baling...

BALING – Gua Komunis yang terletak di daerah ini akan diwartakan sebagai tapak...

Guru Cabul 3 Murid...

TELUK INTAN - Seorang guru sekolah rendah bakal berhadapan hukuman penjara 110 tahun...

SPR Bermesyuarat, Tentukan Tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak

KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pagi ini untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Mesyuarat bermula kira-kira pukul 9.30 pagi di Hotel Merdeka Palace, dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Turut hadir ialah Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Sungga.

Sidang akhbar dijangka diadakan pada pukul 12 tengah hari ini.

PRN-11 akan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 11 April.

Pada pilihan raya DUN Sarawak ke-10 pada 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, DAP memenangi 12 kerusi tetapi hilang satu kerusi apabila ADUN Pujut Fong Pau Teck dipecat daripada parti itu ekoran perbalahan dalam parti.


Sementara itu, PKR menang tiga kerusi dan satu kerusi dimenangi oleh wakil Bebas.

Pada pilihan raya DUN ke-11, kerusi yang dipertandingkan bertambah sebanyak 11, menjadikan jumlah kerusi DUN Sarawak kini sebanyak 82 berikutan proses persempadanan semula yang dijalankan SPR pada tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori