Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rakyat Thai Diminta Bantu...

SATUN, (Selatan Thailand) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah...

Video: Dipukau Wanita ‘Jahanam’...

SEORANG pekerja kedai emas berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM5,000 selepas...

PAS Minta Jangan Layan...

KUALA LUMPUR - PAS meminta orang ramai terutama ahli dan penyokong parti itu...

2 Lagi Didakwa Hina...

KUALA LUMPUR - Seorang pekebun dan seorang pekerja khidmat pelanggan wanita didakwa di...

Suami Beri Biri-biri Hidup Untuk Isteri Hadiah Tamat Pengajian

RIYADH – Seorang lelaki tempatan di Arab Saudi boleh dianggap sebagai benar-benar kreatif dengan tampil idea cukup unik apabila sanggup menghadiahkan seekor kambing biri-biri yang masih hidup kepada isterinya itu.

Menurut laporan portal berita Emirates 247, lelaki tersebut ingin memberikan hadiah yang lain daripada biasa itu untuk isteri tercintanya pada hari penyampaian ijazah, setelah isterinya itu tamat pengajian di sebuah universiti.

Lelaki berkenaan malah dikatakan membeli seekor kambing bebiri hidup dan membawanya sendiri ke sebuah kedai aksesori yang berhampiran untuk diletakkan dengan pelbagai hiasan menarik pada tubuh haiwan itu.

kambing1

Gambar kambing biri-biri tersebut kemudian dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya dan salah seorang pengguna memberi komen yang berbunyi: “Ini sangat romantis”, menurut laporan akhbar tempatan, Sada.


Lazimnya, bebiri di Arab Saudi merupakan spesies domestik baka Najdi yang memang diternak ribuan tahun lalu di semenanjung Arab termasuk Kuwait, Jordan, Oman dan Iraq kerana sesuai dengan suasana padang pasir.

Seekor kambing biri-biri jenis itu biasa dijual sehingga mencecah harga 30,000 riyal (RM31,187). Akhbar itu namun, tidak pula mendedahkan di manakah pasangan berkenaan tinggal, menurut laman Emirates 247.

 – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori