Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 20,000 Peserta Sertai...

SEREMBAN - Lebih 20,000 peserta dari seluruh negeri menyertai program Tadarus dan Khatam...

Pateri Dubur Adik Sendiri...

SEORANG abang tergamak bunuh adik kandungnya sendiri berusia 17 tahun gara-gara wanita itu...

Cristina Suzanne Nafi Dirinya...

AKTRES berwajah Pan-Asia, Cristina Suzanne Stockstill menafikan bahawa konon dirinya seorang yang hanya...

Tidak Boleh Lewat Seminit...

SEPANG - Kelewatan walaupun seminit dalam mengendalikan operasi syarikat pengangkutan rel Arab Saudi,...

Sultan Nazrin Berangkat Ke Sambutan RAJD Ke-63

TAIPING – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim hari ini berkenan berangkat ke perbarisan Hari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) ke-63 di Padang Kawad Kem Sangro di sini.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin yang juga Kolonel Yang Dipertua RAJD turut memeriksa perbarisan terdiri 17 pegawai dan 250 anggota lain-lain pangkat diketuai Leftenan Kolonel Ainul Huda Abdul Manap.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudiannya melawat pameran bersempena Hari Rejimen Askar Jurutera Diraja.

Sejak ditubuhkan 63 tahun lalu, RAJD berjaya memainkan peranan sebagai pasukan bantuan tempur Tentera Darat selain terbabit dalam projek Jiwa Murni termasuk membina kem-kem baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kuarters anggota.

Terdahulu, Ketua Jurutera Mejar Jeneral Ir Abdul Naseer dalam ucapannya berkata RAJD bakal distruktur semula bagi menambah baik dan memperkukuhkan organisasi itu.


Katanya menerusi penstrukturan RAJD, beberapa jawatan akan dinaik taraf termasuk daripada ketua seksyen hingga ke pemerintah rejimen jurutera.

“Langkah itu agar RAJD mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam tugas-tugas kejuruteraan fasilitas di dalam ATM,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori