Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 19 Sekolah Di...

SHAH ALAM - Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula hari ini...

Rapatkan Jurang Gender, Tingkatkan...

KUALA LUMPUR - Penyertaan wanita dalam pasaran kerja di negara ini hanya berjumlah...

Seks Dengan 3 Pelajar,...

SEORANG guru dari Florida, Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara selama 22 tahun selepas...

Dibayar Promosi Produk, Ini...

KECOH di laman sosial apabila pengarah, Michael Ang didakwa dibayar bagi mempromosikan produk...

Sultan Pahang Kurnia Panji Kepada Rejimen Dan 4 Skuadron TUDM

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan panji-panji diraja kepada rejimen dan empat skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam istiadat di Pangkalan Udara Subang di sini hari ini.

Penganugerahan panji-panji kepada Rejimen TUDM dan No. 16, No. 17, No. 18 dan No. 20 Skuadron itu sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan skuadron tentera udara dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan memelihara keamanan negara.

Berangkat sama ke istiadat itu ialah Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir Panglima TUDM Jen Tan Sri Roslan Saad.

Dalam titah ucapan pada istiadat itu, Sultan Ahmad Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua TUDM, bertitah penganugerahan panji-panji itu merupakan satu penghormatan tertinggi negara kepada pasukan yang telah membuktikan kecekapan dan kejayaan cemerlang dalam melaksanakan misi memelihara keamanan tanah air.

“Panji-panji ini merupakan lambang kemegahan, taat setia dan pengorbanan pasukan demi agama, bangsa dan negara,” titah baginda.

Baginda menegaskan panji-panji yang dianugerahkan itu merupakan satu identiti pasukan demi merangsang dan membakar semangat perjuangan semua anggota di medan peperangan.

“Panji-panji yang dianugerahkan mesti dipelihara dan dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah turut mengingatkan perwira dan perajurit TUDM untuk sentiasa menjunjung tinggi sumpah setia dan ikrar kesatria dalam setiap tanggungjawab yang diamanahkan.


Rejimen TUDM ditubuhkan pada tahun 1980 yang terdiri daripada anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) yang menjalankan penugasan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) serta penyelamatan Perairan.

Tugas utama No.16 Skuadron adalah memberi amaran awal atau lapor segera pengenalan kapal-kapal di perairan dan Zon Ekonomi Eksklusif.

No.17 Skuadron berperanan sebagai Operational Conversion Unit (OCU) bagi melahirkan juruterbang yang dapat diaturgerak untuk melaksanakan peranan penguasaan udara dengan pesawat MiG 29N yang dapat menyempurnakan pelbagai tugas contohnya pejuang, peninjau dan penyerang maritim.

No.18 Skuadron pula berperanan mempertahankan ruang angkasa Malaysia daripada dicerobohi dan skuadron ini telah mengharumkan nama Malaysia kerana banyak menyertai operasi dan latihan bersama negara asing.

No.20 Skuadron berperanan sebagai Skuadron Maritim melaksanakan operasi pengawasan maritim di kawasan perairan merangkumi keluasan Zon Ekonomi Eksklusif dan kawasan kepentingan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori