ADAKAH anda pencinta burger dan pada masa sama juga menggemari makanan Jepun? Tetapi bingung untuk mendapatkan dua perkara dalam masa yang sama.
Usah khuatir lagi kerana burger telah mengalami evolusi baharu iaitu diperbuat daripada sushi yang hangat diperkatakan di laman sosial Instagram sekarang ini.
Berbeza burger sedia ada di pasaran hari ini, sushi burger merupakan makanan yang sihat kerana bahan asasnya seperti sushi tetapi mengalami perubahan dari segi bentuk dan beberapa bahan lain digabungkan bersama.
Kini sushi telah bertukar dari satu hidangan malam yang mewah kepada sajian tengah hari yang mendapat perhatian orang ramai.
Bermula dengan bentuk bulat dan empat segi kini sushi boleh didapati dalam bentuk seperti burger dengan pelbagai variasi inti.
Antara gambar-gambar sushi buger yang terdapat di laman Instagram;
Antara nasihat yang dikongsikan oleh kebanyakan blogger makanan, cara terbaik untuk menikmati sushi burger adalah dengan menggunakan pisau dan garpu.
Ini kerana seperti diketahui umum sushi adalah sangat rapuh dan mudah terburai. Selamat mencuba dan menjamu selera! – Mynewshub.cc