Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ketua Sindiket Penyeludupan Direman

KANGAR - Empat lagi individu termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket penyeludupan...

Lelaki Diburu Hampir Setahun...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes melepaskan tembakan bagi...

Bakar Kitab Al-Quran Untuk...

KUALA LUMPUR - Kejadian pembakaran al-Quran oleh seorang wanita secara terbuka di tepi...

Pekerja Binaan Maut Ditimpa...

GEORGE TOWN - Seorang pekerja binaan warga Bangladesh maut selepas ditimpa batu bata...

Suspek Rompak Rumah Zaquan Adha, Ayu Raudhah Ditahan

PIHAK polis berjaya menahan tiga suspek yang dipercayai terbabit dalam kes rompak rumah milik pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah yang juga pelakon, awal pagi Khamis.

rumah zaquan adhaRUMAH zaquan dirompak

 

BACA: VIDEO: CCTV Rumah Zaquan, Ayu Raudhah Kena Rompak

Mereka yang merupakan warga tempatan berusia 23, 29, 27 tahun ditahan di sebuah rumah di Horizon Hills dekat Iskandar Puteri, Johor, kira-kira 1.45 pagi.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya berjaya mengesan kedudukan suspek di kawasan perumahan terbabit setelah giat menjalankan risikan dan siasatan.

“Ketika tangkapan dilakukan, kita turut menemui beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah seperti alat pemotong besi, pemutar skru, kuku kambing dan spanar.


“Kita turut menemui pelbagai jenis jam serta beg tangan pelbagai jenama, barang kemas dan kamera yang dipercayai antaranya milik Mohd Zaquan Adha,” katanya kepada Harian Metro.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan remen mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sementara itu, pihak polis turut mengesan beberapa lagi suspek yang mungkin terlibat dalam kes itu.

Pada Jumaat lalu, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) memaklumkan menerusi laman Instagram bahawa rumahnya dirompak.

Dia turut memuat naik rakaman video CCTV kejadian rompakan tersebut dan meminta pertolongan orang ramai jika mempunyai sebarang info mengenai kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori