Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berhati-Hati Sebarkan Sebarang Berita...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara...

‘Frontliners’ Tinggal Anak, Keluarga...

SEREMBAN - Yang paling sedih apabila sampai ke rumah (pulang dari kerja), Affan,...

Hospital Hanya Benar Keluarga...

MUAR - Pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) hanya membenarkan anggota keluarga terdekat...

JAKIM Tak Minat Nak...

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada masa ini tidak berminat mengambil peluang yang diberikan...

Syarikat Konsesi Belum Beri Respons Cadangan Kadar Tol Fleksi – LLM

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya masih belum memberi respons terhadap cadangan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berhubung pelaksanaan kadar tol fleksi.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ismail Md Salleh berkata lembaga itu hanya mengemukakan cadangan itu kepada syarikat konsesi dan terpulang kepada mereka sama ada ingin melaksanakannya atau tidak.

“Buat masa sekarang, pihak kami tidak mendapat apa-apa respons daripada syarikat konsesi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan LLM mencadangkan kadar fleksi yang melibatkan syarikat konsesi lebuh raya mengenakan kadar tol yang berbeza iaitu caj yang lebih murah pada bukan waktu puncak.

Cadangan itu bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Mengulas lanjut, Ismail berkata syarikat konsesi lebuh raya berkemungkinan merasakan tiada keperluan untuk melaksanakan perkara itu ketika ini.


“Kadar fleksi itu akan menggalakkan pengguna untuk menggunakan lebuh raya ketika bukan waktu puncak dan ia mampu menjimatkan masa,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Bernama telah menghubungi beberapa syarikat konsesi lebuh raya, bagaimanapun mereka enggan menggulas berhubung perkara itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori