AKTRES cantik jelita yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari lalu kecewa dengan tindakan sebuah blog menggunakan isu kehamilan dirinya untuk menaikkan ratingnya.
Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 25; beranggapan tindakan sebuah blog menyebarkan berita dia sedang hamil adalah fitnah semata-mata.
Menurut Syatilla, tindakan penulis blog itu adalah untuk menjatuhkan reputasi suaminya, Sam serta hanya mahu menaikkan rating blog mereka.
“Pada saya ia bukan satu doa untuk kami sebaliknya mereka sengaja membuat fitnah demi mengaut keuntungan apabila ada pembaca yang klik berita berkenaan.
“Ini bukan kali pertama blog sama membuat fitnah terhadap saya tetapi kali ini saya bersuara kerana ia boleh mengundang masalah selain ia menjatuhkan reputasi kami berdua.
Tambah pelakon itu lagi kepada sebuah portal berita, tindakan seumpama itu boleh menyebabkan timbul salah faham dalam kalangan keluarga mereka.
“Bayangkan keluarga kami yang baca dan tidak tahu apa-apa mengenainya mungkin mereka akan salah faham terhadap kami,” katanya.
Namun, heroin drama Sha dan Shah ini tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada blog terbabit dan enggan melayan individu yang tidak bertanggung jawab itu.
Walaupun sudah bergelar isteri hampir tiga bulan kepada pelakon popular, Syatilla akui dan faham akan kerjaya Sam serta sedikit pun tidak berkecil hati walau sering ditinggalkan.
Menurutnya lagi, untuk mengurangkan rasa bosan semasa ketiadaan Sam. Dia ada juga menerima tawaran berlakon, namun tidak serancak dulu atas permintaan suaminya tercinta Sam.
“Bagaimanapun saya masih berpegang pada permintaan suami agar memperlahankan karier seni selepas berkahwin,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC