Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Gol Pertama Matikan Tumpuan...

BURIRAM - Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak...

Najib Ke SPRM Isu...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir...

Jadikan Dusun Durian Tempat...

SEPANG - Dusun durian yang ditambah baik berpotensi menjadi pusat tarikan yang menawarkan...

Tragedi Ittifaqiyah: Terkilan Tak...

KUALA LUMPUR - Anggota keluarga kepada tiga beradik yang terkorban dalam kebakaran di...

Takut Anak Dengan Makhluk Halus Punca Histeria – Mufti Kelantan

KOTA BHARU – Sikap menakut-nakutkan anak sendiri dengan makhluk halus merupakan antara penyebab berlaku histeria, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata kebanyakan keluarga terutama kaum Melayu dilihat suka menanam semangat demikian pada anak-anak mereka sejak masih usia kecil lagi.

“Sikap ini akan mengakibatkan anak-anak mereka takutkan hantu dan makhluk halus yang lain, menyebabkan mereka terbawa-bawa hingga adakalanya mereka mengalami histeria (di sekolah),” ujarnya.

Bercakap kepada pemberita, Mohamad Shukri berkata sikap sedemikian hanya terdapat dalam masyarakat Melayu berbanding kaum-kaum lain, yang jarang mengalami histeria terutama ketika berada di sekolah.

Beliau berkata meskipun tidak dinafikan ada juga masyarakat lain mengalami masalah sama, tetapi yang paling menonjol adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Mufti tersebut mengulas mengenai trend kejadian histeria yang berlaku di beberapa buah sekolah di Kelantan sejak minggu lepas.


“Keadaan persekitaran juga memainkan peranan terhadap pengaruh histeria, seperti fenomena El Nino yang menyebabkan cuaca panas terik ketika ini.

“Faktor alam ini juga boleh mempengaruhi psikologi seseorang itu terutama jika mereka tidak sihat, kurang tenteram atau susah hati,” katanya.

Mohamad Shukri berkata dalam Islam, tidak dinafikan mengenai kewujudan makhluk halus, namun orang Islam perlu tahu bahawa manusia adalah sebaik-baik makhluk dicipta Allah. – BERNAMA/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Misteri Barat Masih Anggap Sial Jumaat 13 Hari Bulan

Juga: Wak Doyok Kena Ganggu, Dicekik Oleh Makhluk Halus

Lagi: Almy Diganggu Makhluk Halus Tika Seorang Di Rumah

Dan: Azadan Rabbani Akui Ada Kelebihan Usir Makhluk Halus

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori