Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Waktu Operasi Unit Tabung...

TAIPING - Waktu operasi Unit Tabung Darah Hospital Taiping dilanjutkan dari 8.30 pagi...

Sindiket Seludup Syabu Ke...

KLANG - Polis menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke Indonesia dengan...

Industri Dan Penyelidik Bina...

KUALA LUMPUR - Industri tempatan perlu lebih terbuka untuk berkongsi perkembangan semasa dan...

Bekas Ketua Menteri Melaka...

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan...

Terengganu Antara Negeri Terendah Tabungan PTPTN

KUALA TERENGGANU – Terengganu mencatatkan antara negeri terendah membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berbanding negeri lain.

Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) Datuk Mohd Fadzli Yusof berkata akaun SSPN-i bagi Terengganu adalah sebanyak 130,193, kurang daripada lima peratus bilangan akaun di seluruh negara.

Sementara, jumlah depositnya ialah RM40.41 juta, iaitu kira-kira dua peratus daripada jumlah keseluruhan tabungan.

“Sehingga 29 Feb lepas, bilangan akaun di seluruh Malaysia adalah 2,498,100 dan deposit pula adalah sebanyak RM2.12 bilion,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Majlis Kurnia Tabungan SSPN-i Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Istana Syarqiyyah, di sini hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Menurut Mohd Fadzli, meskipun kerajaan Terengganu antara yang paling aktif menyediakan kemudahan ke arah memaju dan memperluaskan tabungan dengan PTPTN, namun jumlah keseluruhan tabungan di Terengganu masih lagi rendah.


Mohd Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kurnia Tabungan SSPN-i Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu YDSM berkata pihak sering didatangi oleh pelajar dan ibu bapa memohon bantuan kewangan untuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) walau pihaknya tidak menyediakan kemudahan tersebut.

“Kami dapati amalan menabung dalam kalangan orang Melayu masih rendah sedangkan dalam Islam perkara tersebut adalah sesuatu yang amat digalakkan melalui program yang dikelola SSPN-i ini, kita berharap budaya tersebut dapat disemai dalam masyarakat,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak RM50,000 disumbangkan oleh YDSM kepada 500 pelajar miskin sekolah rendah dan menengah di Terengganu yang terpilih dan setiap seorang mendapat RM100 untuk pembukaan akaun SSPN-i. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori