Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Suami YouTuber Sensasi Ditahan...

IPOH - Suami yang juga pasangan YouTuber sensasi ditahan polis kerana disyaki mencederakan...

Dua Lelaki Didenda RM3,000...

IPOH: Dua lelaki masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Kerana Sunyi, Wanita Nekad...

Akibat menghadapi kesunyian yang melampau, seorang wanita berusia 57 tahun nekad membunuh dirinya...

Sekolah Korea Mula Lambat...

SEOUL – Cadangan ketua pendidikan metropolitan Seoul , Cho Hee-yeon melambatkan waktu mula...

Tiada Guru Di Terengganu Terlibat Aktiviti Militan Daesh

KUALA TERENGGANU – Tiada guru di negeri ini terlibat dengan anasir subversif terutamanya dalam aktiviti militan Daesh setakat ini, kata Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan pegawai kerajaan ataupun sesiapa sahaja sekiranya didapati menyertai kumpulan militan berkenaan.

“Setakat ini alhamdulillah, kita tidak ada dengar guru-guru di Terengganu terlibat dengan anasir-anasir ini (militan Daesh). Kita di peringkat kerajaan negeri seperti yang saya sebut sebelum ini, tidak (akan) berkompromi terutama dengan pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja yang melibatkan diri dalam anasir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) Kali Ke-22 di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi YGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Ahmad Razif berkata bagaimanapun jika terdapat kes rakyat di negeri ini terlibat dengan kumpulan militan itu, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada tanggungjawab pihak keselamatan untuk tindakan undang-undang.

“Dalam soal ini kita serah kepada pihak keselamatan dan pihak perundangan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata seramai 6,000 guru daripada keseluruhan 22,000 guru di Terengganu telah berdaftar menjadi anggota YGMB.


Katanya beliau akan turut memainkan peranan berkempen mempromosikan manfaat YGMB kepada warga pendidik dalam usaha memastikan sekurang-kurangnya 20,000 guru di Terengganu mendaftar sebagai anggota yayasan itu.

“Saya juga akan memainkan peranan membantu kempen mempromosikan (manfaat YGMB), memandangkan saya juga ahli seumur hidup YGMB. Kalau ada di mana-mana program, saya akan sebut (tentang YGMB),” katanya.

Ahmad Razif berkata dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM10 sebulan, guru di negara ini boleh menikmati manfaat mencecah RM70,000.

Manfaat itu terdiri daripada 16 produk sumbangan kebajikan ditawarkan kepada anggota yayasan termasuk khairat kematian, bencana, menyambung pengajian peringkat tinggi dan melahirkan anak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori