Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

1.7 Juta Pelajar ‘Miskin...

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini seorang wakil rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri...

Harga Petrol RON97 RM2.38...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter kepada...

Kafe Berkonsepkan Watak Adiwira...

INI merupakan berita gembira untuk penggemar setia watak adiwira Batman.Anda kini boleh menjamu...

“Semoga Keluarga Sedar Kau...

GENAP setahun pelakon terkenal Fasha Sandha bergelar ibu tunggal setelah diceraikan bekas suaminya, Rizal...

Tiada Kes Kas-Kas Menyebabkan Ketagihan Atau Mabuk

KUALA LUMPUR – Meskipun kas-kas atau biji popi mempunyai struktur kimia yang hampir sama dengan heroin atau morfin, namun tiada kes yang direkodkan setakat ini yang menyatakan ia mengundang ketagihan ataupun mabuk.

Pengarah Pusat Racun Negara Prof Madya Razak Lajis berkata kandungan kas-kas dengan heroin atau morfin adalah serupa berikutan ia terhasil daripada tumbuh-tumbuhan yang sama iaitu Opium atau Candu.

“Kas-kas diperbuat daripada tumbuhan yang juga menghasilkan heroin atau morfin. Jadi, struktur bahan kimia sahaja mungkin hampir serupa. Setahu saya, tiada pula kes yang mengatakan mengambil kas-kas menyebabkan seseorang mabuk atau khayal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kajian saintifik yang menyeluruh masih diperlukan bagi mengkategorikan kas-kas sama ada sebagai bahan dadah ataupun tidak.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur SAC Wan Abdullah Ishak yang mendedahkan terdapat pengusaha kek menjual kek mengandungi biji popi bertujuan melariskan jualan perniagaan mereka.

Razak berkata ujian air kencing mungkin akan menunjukkan seseorang yang mengambil kas-kas sebagai positif dadah tetapi apabila dibawa ke makmal dan menjalani ujian yang lebih mendalam, ia mungkin negatif.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata kas-kas hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit dalam semua jenis makanan.


Beliau berkata kas-kas digunakan sebagai penambah perasa seperti Ajinamoto dan tidak akan menyebabkan seseorang itu ketagih.

“Kita tidak menggunakannya dalam kuantiti banyak ataupun secara langsung. Ia hanya sebagai penambah rasa. Kita campur kas-kas bersama dengan rempah ratus yang lain. Kalau durian pun bila kita makan sekali, kita akan ketagih tetapi kita tidak pula kata durian itu dadah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Presma akan akur dan menerima sebarang keputusan muktamad kerajaan dalam hal tersebut.

Isu penggunaan kas-kas bukan perkara baharu kerana isu yang sama pernah timbul pada 2005 apabila anggota Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof ketika itu mendakwa restoran-restoran mamak menggunakan kas-kas dalam masakan mereka sehingga menyebabkan pengunjung ketagihan (terhadap masakan itu).

Ia telah ditentang hebat oleh Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan beberapa pengusaha restoran di seluruh negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori