Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Paderi Digantung Kerja, Pakai...

JUALAN "hands-free Segway" tiba-tiba menjadi popular dan mengalami peningkatan mendadak pada tahun ini. Alat peluncur beroda ini popular...

Pelan Damai Trump Hanya...

PETALING JAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pelan damai dinyatakan oleh Presiden...

Bayi Lelaki Usia 40...

SUNGAI PETANI: Seorang bayi lelaki berusia 40 hari meninggal dunia akibat sesak nafas...

Permohonan Tommy Thomas, Kerajaan...

KUALA LUMPUR : Permohonan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Kerajaan...

Tindakan Dr M Buka Jalan Kepada Keruntuhan Kuasa Melayu

GEORGETOWN – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO akan membuka jalan kepada keruntuhan kuasa Melayu di negara ini, kata Kelab Veteran UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata bekas perdana menteri itu sudah tidak sayangkan bangsa dan mahu melihat Melayu terus berpecah dan menjadi minoriti dalam majoriti.

Menurutnya, Veteran UMNO kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku dan menyifatkan tindakan Dr Mahathir menggunakan media asing untuk memburuk dan menjatuhkan Najib adalah hanya untuk memuaskan hati beliau.

Justeru, Veteran UMNO akan menentang sebarang usaha untuk menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan presiden parti secara tidak demokrasi, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sokongan Veteran UMNO Bayan Baru kepada Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Ir Mansor Musa dan Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Ismail Din.


Mustapha berkata Dr Mahathir tidak mempunyai hak untuk mengritik mana-mana pemimpin UMNO selepas keluar daripada parti dan mahu beliau berhenti menyerang Najib kerana tindakan itu hanya merugikan orang Melayu dan parti itu.

“Veteran UMNO meminta Dr Mahathir terus bersara daripada politik dan menumpukan kerja bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinaunginya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori