Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Serangan Terbuka Di Tepi...

TUNIS - Seramai 27 orang termasuk pelancong terbunuh selepas serangan rambang dilakukan oleh...

Tipu Mengandung, Semata-Mata Mahu...

INGAT lagi ke dengan laporan berita mengenai seorang wanita Perancis yang mengaku telah mengandung...

Sajat Didakwa Miliki 19...

JOHOR BAHRU - Usahawan kosmetik terkemuka Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 34, dihadapkan ke Mahkamah...

140 Kes Pecah Rumah...

KUCHING - Sarawak merekodkan 140 kes pecah rumah dan curi sejak awal tahun,...

Tindakan Wanita Ini Duduk Atas Skuter Dalam Tren Dikecam

APA perasaan anda ketika sedang bersesak-sesak dalam kereta api sistem aliran ringan ada seorang yang kurang ‘sensitif’ mengambil banyak ruang hanya bagi dirinya dan skuternya sahaja.

Tindakan gadis dalam foto ini telah menimbulkan perasaan ‘bengang’ dalam kalangan netizen yang menyifatkan dia pentingkan diri sendiri di kala orang ramai bersesak-sesak memenuhi MRT Singapura di waktu puncak 9 pagi.

Ramai mempersoalkan wanita itu boleh sahaja berdiri dengan memegang skuter bergeraknya namun dia lebih selesa duduk di atasnya sehingga mengambil ruang yang cukup banyak yang boleh digunakan orang lain.

Memetik laman Stomp, gadis itu mengetahui orang ramai memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan namun dia tidak mengambil endah perkara tersebut dan terus leka bermain telefon bimbitnya.

Malah ada seorang penumpang yang hampir terjatuh terlanggar skuternya kerana tidak menyedari peralatan yang dibawa oleh gadis itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori