Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TMJ Diberi Penghormatan Ucap...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakar sejarah bola sepak negara apabila...

Harith Iskander Juara Funniest...

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Harith Iskander dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan...

Mahkamah Rayuan Tetapkan 15...

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 September untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan polis dan...

Ramadan: Fast2Feed Bantu Mereka...

KOTA BHARU - Yayasan Kemanusian Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) menyasarkan seramai...

TMJ Cabar Khairy Jamaluddin Debat Isu Bola Sepak Negara

TENGKU Mahkota Johor, TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk berbahas bersamanya mengenai prestasi bola sepak negara.

“Ayuh lakukannya untuk penyokong bola sepak kita,” tegas TMJ.

“Saya bukan ahli politik yang memerlukan sebarang undi dari rakyat, tapi saya merupakan invidu yang telus dan jujur. Ini merupakan saya cabaran dari saya.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Johor Souther Tigers lewat malam tadi, TMJ menjelaskan baginda tidak mahu menjadi presiden FAM dan bola sepak bukan merupakan sumber pendapatannya.

Menurut pemilik JDT itu, beliau berharap agar Astro juga menyiarkan perdebatan itu secara siaran langsung supaya dapat ditonton oleh semua masyarakat.

Tunku Ismail mahu pihak Astro mengadakan siaran langsung perbahasan beliau bersama Khairy, wakil FAM, ketua jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee, Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B. Sathianathan.

Baginda mahu perdebatan itu dilakukan untuk mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab bagi kemerosotan prestasi pasukan kebangsaan dan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan.

Tambah TMJ, dalam program perdebatan itu juga para penyokkong akan dibenarkan untuk menyuarakan pendapat masing-masing dan menanyakan sebarang soalan yang dikehendaki.

“Suara penyokong perlu menjadi keutamaan kerana kita berkhidmat kepada mereka. Dan penyokong mempunyai hak untuk mengetahui apa sebenarnya masalah bola sepak malaysia.”


Sebelum ini, TMJ menyifatkan pemain tempatan kurang berkualiti dan baginda menggesa Khairy untuk bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Sebagai putera rakyat, mendengar suara rakyat adalah menjadi keutamaan baginya dan baginda mengakui sudah penat dan bosan dengan pembohongan serta perkara yang cuba diselindungkan.

“Saya setuju bahawa pemain berkualiti. Tetapi kenyataan saya adalah siapa yang bersalah? Saya adalah seorang anggota tentera dan saya dilatih untuk menggalas tanggungjawab.

“Jika mana-mana anggota tentera kita tidak layak untuk menjalankan tugas mereka, siapakah yang bersalah? Ia adalah kesalahan kita.

“Jadi hujah saya kita tidak perlu keluarkan kenyataan menyalahkan pemain. Sebaliknya, kita sebagai orang-orang besar dalam kelab bola sepak, persatuan dan jurulatih perlu bertanggungjawab.” – MYNEWSHUB.CC

Baca: Safee Sali Sound KJ: RM100 Juta Lesap Senyap Begitu Saja

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori