Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemilihan PKR Ditangguh Supaya...

KOTA KINABALU — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan pemilihan...

Luahan ‘Jiwang’ Che Ta...

PEJAM celik, pejam celik rupa-rupanya usia perkahwinan selebriti terkenal Rozita Che Wan (Che Ta)...

Pope Francis Pun Akui,...

MANILA – Pemimpin kerohanian tertinggi Kristian Katholik, Pope Francis pada Khamis mengutuk pembunuhan...

Mengamuk Di Final, Serena...

PEMAIN tenis wanita Amerika Syarikat, Serena Williams didenda AS$17,000 oleh Persatuan Tenis AS...

TMJ Titah Acan Jalani Rawatan Dimana-Mana Sahaja Di Dunia

JOHOR BAHRU – Hasrat seorang remaja yang mengalami penyakit jantung berlubang kronik, Mohd. Fikri Hakim untuk bertemu dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi kenyataan.

Tunku Mahkota Johor yang mengetahui tentang hasrat remaja berusia 14 tahun tersebut berkenan melawat Mohd. Fikri di Muar selepas menghadiri satu majlis rasmi di Johor Bahru, Johor.

Laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST) memaklumkan, Mohd. Fikri diminta TMJ agar menjalani rawatan di mana-mana sahaja di dunia dan kos rawatannya ditanggung oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Sewaktu perjumpaan tersebut, Acan (nama timangan Mohd. Fikri) dimaklumkan supaya menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) atau mana-mana di dunia dan segala kos perubatan dibiayai sepenuhnya JDT,” kata laman Facebook JST hari ini.

JST turut memaklumkan, Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan JDT dalam lawatan itu mengurniakan jersi JDT yang tertera nama ‘Acan 01’ kepada remaja berkenaan.

“Pastinya kehadiran baginda menjadi satu episod istimewa buat Acan dalam perjuangannya melawan penyakit yang dihidapinya,” kata JST.


Media sebelum ini melaporkan Acan amat meminati sukan bola sepak, namun terpaksa berhenti bermain bola disebabkan penyakit dialaminya.

Acan turut memberitahu dia amat meminati pasukan JDT dan Tunku Mahkota Johor dan teringin untuk bertemu dan bersalam dengan baginda. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori