Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Laluan Sukar Pertahan Kejuaraan...

KUALA LUMPUR - Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safee Sali mengakui Harimau Selatan...

Tumbukan Maut Kekasih Curang...

New York - Hubungan percintaan songsang sepasang gay sejak lapan bulan lalu berakhir...

JPN Tidak Pernah Lantik...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu...

Sektor Kereta ‘Terkawal’ Tak...

KUALA LUMPUR - Situasi mencabar sekarang dalam sektor kereta tempatan masih 'terkawal' dan...

Tuah Air Mata, Suzi Dipilih Berlakon Bersama Salman Khan

SEORANG kanak-kanak warga Bahrain menjadi terkenal di Internet selepas videonya menangis ketika menonton filem lakonan Salman Khan menjadi viral sehingga mendapat perhatian pelakon tersebut.

Tangisan Suzanne Ahmad Khan atau Suzi itu ternyata membawa tuah kepadanya kerana dia telah dipilih untuk menjadi sebahagian pelakon bagi filem terbaharu yang akan dibintangi oleh Salman Khan, berjudul Sultan.

Menurut sumber, Suzi yang berusia 5 tahun akan memainkan watak Anuskha Sharma versi kanak-kanak dalam filem tersebut kerana wajahnya menyerupai aktres jelita itu, sekaligus menggantikan pelakon kecil yang sudah dipilih sebelumnya memandangkan Suzi dilihat lebih sesuai memegang watak tersebut.

Melihat kepada beberapa gambar di laman sosial, Suzi ternyata kanak-kanak yang sangat beruntung kerana berpeluang meluangkan masa bersama idolanya, Salman Khan.

4a

4b


Suzi menjadi terkenal setelah videonya menangis selepas menonton filem Bajrangi Bhaijaan tersebar luas di Internet.

Dalam video itu, Suzi menangis terisak-isak di pangkuan ibunya sambil berkata, “Saya sayangkannya (Salman Khan).” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori