Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jika Sekolah Cina Dapat,...

TUNTUT... Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) gesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk turut...

Bahrain Pelawa Pelabur Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bahrain, pintu masuk ke Teluk, mempelawa pelabur Malaysia untuk membuka...

Lelaki Habiskan Masa 2...

Gara-gara terlupa, seorang lelaki terpaksa menghabiskan masa selama dua minggu untuk mencari keretanya...

Bincang Bawa Pulang Jet...

SERDANG - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia sedang berbincang dengan Singapura untuk...

‘Tuduhan Terhadap Saya Tidak Benar’ – Dr. Zakir

BESUT – Penceramah kontroversi, Dr. Zakir Naik berkata tuduhan bahawa konon beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.

Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti itu.

“Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat Islam untuk berbuat demikian.

“Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.

“Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat,” kata beliau semasa sesi soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.

Dr. Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah memberikan publisiti percuma kepada dirinya.


Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu dinyatakan.

Dr. Zakir, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu atas jemputan kerajaan negeri.

Ceramah yang dijadualkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang sebelum ini diharamkan oleh polis telah diberikan ‘lampu hijau’ pada Selasa tetapi tajuknya perlu diubah. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori