MASIH lagi mengenai kehebatan tudung Fareeda yang mendapat sambutan hangat daripada peminatnya sehinggakan video mereka sanggup berasak-asak di hadapan premis tersebut menjadi viral baru-baru ini.
Ini semua gara-gara penangan koleksi terbaharu Fareeda, Sweet Luv yang hadir dalam pelbagai warna dan corak menarik yang baharu sahaja dilancarkan pada 2 April lalu (Sabtu).
Namun, yang tak sedapnya terdapat beberapa gadis hijabista mula berkongsikan gambar tudung mereka yang sama dengan koleksi terbaharu Fareeda.
Yang menariknya, ada di antara gambar itu diambil beberapa tahun lepas..
Sekarang persoalannya di sini, siapa yang tiru siapa dalam menghasilkan rekaan tudung tersebut?
Kalau ikut logik, mestilah pihak yang keluarkan dahulu merupakan pencipta yang sebenarnya, ataupun memang tidak ada hak cipta yang telah dipaternkan oleh pengeluar terdahulu menyebabkan pihak lain boleh senang-senang meniru dan mencetak kembali design mereka?
Kalau dah macam ni, rasa-rasanya berbaloi ke tidak peminat Fareeda bergaduh, berasak dan bertolak-tolakan demi memiliki hijab yang sama rekaannya dengan jenama lain yang terlebih dahulu sudah memasarkannya?
Sebab Utama Kenapa Tudung Fareeda Jadi Kegilaan Ramai
Sekadar informasi tambahan, di bawah kami kongsikan lingkungan harga tudung mengikut jenama yang ada dalam pasaran tempatan.
Jika dilihat daripada keratan akhbar ini, dapat dilihat jenama Bawal Exclusive mengungguli carta tudung paling mahal sehingga mencecah harga RM7,000 sehelai.
Harga Fareeda pula berada dalam lingkungan harga RM80 hingga RM200. – MYNEWSHUB.CC