Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MAIWP Sumbang RM5 Juta...

SEREMBAN - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang RM5 juta menerusi kerajaan...

Geng Ragut Rantai Guna...

SEPANG - Polis Sepang menumpaskan sekumpulan empat wanita yang melakukan jenayah ragut barangan...

Umno Berupaya Menangani Isu...

ALOR SETAR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO mempunyai...

Pelaburan Langsung Asing Penting...

BEIJING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan langsung asing...

Ular Sawa Ditangkap JPAM Pecah Rekod Terpanjang Di Dunia

GEORGE TOWN – Seekor ular sawa bersaiz raksasa berjaya dijumpai di bawah sebatang pokok yang tumbang pada minggu lalu dipercayai memecah rekod sebagai paling panjang di dunia, menurut laporan media ternama Britain.

Ular tersebut ditangkap di Pulau Pinang pada 7 April lalu, dan akhbar The Star melaporkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tempatan sebagai menyatakan reptilia itu mula ditemui oleh sekumpulan pekerja binaan.

Ketika itu, mereka secara kebetulan sedang sibuk menyiapkan projek pembinaan sebuah jejambat di kawasan Paya Terubong sebelum segera menghubungi pasukan JPAM daerah Barat Daya di pejabat Sungai Ara dekat sini.

ular1

Para pegawai JPAM dilaporkan terpaksa mengambil masa sekitar 30 minit untuk menangkap reptilia berbahaya tersebut sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ukuran awal pihak berkuasa menunjukkan bahawa ular sawa itu adalah sepanjang lapan meter dan beratnya pula sekitar 250 kilogram, menurut laporan stesen antarabangsa BBC dan akhbar The Guardian dari London.

Malangnya ular betina tersebut didapati mati secara mengejut setelah haiwan liar itu mengeluarkan telurnya pada 10 April lalu, Ketua Operasi JPAM negeri berkenaan, Herme Herisyam ketika memberitahu pihak BBC.


ular2

Sebelum ini, rekod dunia bagi ular paling panjang yang berjaya ditangkap ialah ular sawa diberi nama Medusa, sepanjang 7.67 meter yang dimiliki oleh Full Moon Productions di Kansas City, Amerika Syarikat pada 2011.

Ular itu yang masih lagi memegang rekod dunia Guinness hanya seberat 159 kilogram serta mengatasi catatan dipegang oleh ular sebelumnya, Fluffy yang sepanjang 7.3 meter dan maut pada 2010 dalam usia 18 tahun.

Ular lazim cuma sepanjang tiga hingga enam meter. Setakat ini rekod ular terpanjang di dunia pernah direkodkan ialah 10 meter yang dijumpai setelah ditembak mati di Indonesia pada 1912. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori