Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Kita Belum Gagal” –...

KUALA LUMPUR - "Kita belum gagal," kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail...

Gempa: Mayat Ke-2 Dipercayai...

SEORANG wanita dari Singapura yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu...

Tahukah Anda : Ada...

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fatwa daripada Ilmuan Mesir, Usama Al-Qawsi yang menyatakan...

Faizal Ismail, IM Asyraf...

KUALA LUMPUR - Pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail (FBI) bersetuju untuk mendermakan...

Utamakan Pembelajaran Bahasa Inggeris, Titah Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menggesa rakyat Malaysia memberi penekanan terhadap pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris, yang menurut baginda peluang itu diberikan kepada setiap orang tanpa mengira latar belakang.

Baginda bertitah status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara ini perlu terus didukung, ‘kita perlu menerima bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan di dunia’.

“Ia merupakan bahasa global bagi saintifik, teknologi, perniagaan, akademik dan maklumat perdagangan antarabangsa.

“Oleh itu, peluang untuk menguasai bahasa Inggeris tidak harus menjadi hak istimewa hanya sebahagian masyarakat kita, terutamanya golongan kelas atasan dan kelas menengah atas,” titah baginda pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik St. John’s Institution 2016 di sini Sabtu.

Turut hadir Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sultan Perak bertitah belajar bahasa lain akan membuka peluang lebih luas bagi generasi muda untuk menerokai dan memperoleh ilmu dan pengetahuan tanpa had dalam dunia globalisasi sekarang.


“Generasi muda yang menguasai lebih daripada satu bahasa juga memperlihatkan bahawa mereka lebih menghargai perbezaan budaya, dan selain itu mereka juga mampu berkomunikasi dengan kalangan mereka daripada latar belakang budaya yang berbeza,” titah baginda.

Menurut baginda, mereka yang mahir berbahasa Inggeris juga dilihat lebih yakin dan lebih bersedia untuk berinteraksi dengan masyarakat global, dan dengan itu, menjadi warga dunia.

“Mahir berbahasa Inggeris akan memperkasakan golongan muda Malaysia untuk akses kepada peluang lebih luas dalam pasaran kerja dan mampu bersaing di peringkat global.

“Justeru, adalah menjadi prasyarat penting untuk meningkatkan daya saing negara kita dalam dunia yang dipacu teknologi dan globalisasi,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori