SUDAH acap kali berlaku, namun masih lagi ada ibu bapa cuai yang meninggalkan anak berseorangan di dalam kereta tanpa mematikan enjin.
Paling terbaharu, kes yang berlaku di sebuah stesen minyak di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Seorang kanak-kanak nyaris maut apabila bertindak memandu kereta ibunya sendiri lalu merempuh stesen minyak dan mengakibatkan cermin tersebut pecah.
Menerusi video yang dirakam kamera litar tertutup, CCTV itu, sebuah kereta berwarna putih dilihat secara tiba-tiba merempuh stesen minyak dan mengundur kembali di tempat asalnya.
Menurut satu sumber, pemilik kereta yang merupakan ibu kanak-kanak tersebut meninggalkan kereta tanpa mematikan enjin kerana singgah ke tandas.
Video yang turut tersebar di media sosial ini turut mengundang kemarahan netizen terhadap ibu kanak-kanak tersebut.
Keluarga itu bagaimanapun bernasib baik kerana terselamat dan tiada kejadian buruk berlaku. – MYNEWSHUB.CC