Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

14 Borang Pencalonan PRK...

KUCHING - Sebanyak 14 borang pencalonan bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan...

Gempa Bumi Kuat Landa...

SATU gempa bumi kuat melanda Jepun awal pagi tadi, namun tiada sebarang laporan...

MR D.I.Y. “Malaysia’s Best...

MR D.I.Y. terima pengiktirafan “Malaysia’s Best Managed Companies Awards” anjuran Deloitte Private

Perbuatan Tidak Senonoh Berulang...

BENTONG - Perbuatan tidak senonoh di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi di...

Pukul PATI: Pegawai Imigresen Ditukar Serta-merta, Kata KP

PUTRAJAYA – Pegawai Imigresen wanita yang didakwa melakukan kekerasan terhadap tahanan warga asing telah ditukarkan serta-merta dari Unit Penguatkuasa ke Unit Pentadbiran, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Sakib Kusmi berkata penukaran pegawai itu, adalah sementara menunggu hasil siasatan penuh kes tersebut.

Beliau berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci berhubung video pegawai wanita itu yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

“Jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu didedahkan MyWatch baru-baru ini dan memaparkan wanita itu bertindak kasar ke atas seorang lelaki yang ditahan dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori