MEDIA sosial digemparkan dengan video viral seorang wanita dengan hanya berseluar merah dan mengenakan coli hijau, mengajak pengawal keselamatan di sebuah stesen komuter bergaduh.
Dalam rakaman berkenaan wanita terbabit dilihat berkali-kali mencabar pengawal keselamatan agar berlawan dengannya malah melayangkan tendangan kepada pekerja warga emas terbabit.
Perlakuannya itu mendapat kecaman netizen, yang pada masa sama memuji kesabaran pengawal keselamatan yang menjadi mangsa kemarahannya.
Setakat ini belum ada kenyataan sahih di mana lokasi  atau punca kejadian namun berdasarkan komen yang ditinggalkan, ada yang mendakwa ianya berlaku di KTM Bandar Tasik Selatan manakala wanita terbabit dikatakan kurang waras kerana mengambil dadah selepas bercerai.
Bagaimanapun ramai juga yang menganggap wanita terbabit bukanlah perempuan sejati berdasarkan perlakuannya yang terlalu keras.
Dalam pada ramai yang mengutuk tindakan wanita (atau ‘wanita jadian’) yang hanya bercoli ini, diharapkan jika ada yang mengenalinya dapat bertindak prihatin dengan memaklumkan rakaman ini kepada waris atau keluarganya supaya sesuatu dapat dilakukan untuk membantunya.
Ini kerana perlakuan sebegini agak mustahil dilakukan seorang manusia normal apatah lagi jika dia adalah kaum hawa. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi