Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pusat Penamaan Calon, Penjumlahan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengubah lokasi Pusat Penamaan Calon dan Pusat...

Nak Sado Dengan Cepat?...

SEBELUM ini, jika kaum Adam mahu kelihatan sasa dan macho perlu berhempas pulas...

Gambar: Majlis Sambut Menantu...

SEMALAM berlangsung majlis menyambut menantu di kediaman keluarga suami Hanez Suraya, Romie Radin...

Nahas Bas Ekspres: Kerajaan...

MUAR - Kerajaan negeri Johor menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga...

Wak Doyok Enggan Ulas Hubungan Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei

PENGACARA Wak Doyok yang kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim enggan mengulas lanjut mengenai hal itu ketika ditanya pihak media mengenai kesahihan berita tersebut.

“Maafkan saya. Ia terlalu peribadi dan saya tidak mahu mengulas. Lagipun saya tidak mahu setiap komen atau jawapan saya disalah tafsir. Sebab itu adalah lebih baik saya berdiam diri sahaja.

“Saya buat tak tahu saja apa yang peminat atau orang sekeliling saya perkatakan. Persepsi mereka saya hanya anggap biasa saja.

“Malah, apabila gosip seperti ini tersebar, saya tidak terkejut pun. Cukup antara saya dan dia saja tahu. Kalau orang kata kami selalu bersama sebab berkongsi minat sama iaitu fesyen, tidak juga sebab saya selalu buat hal sendiri. Tidak wajar untuk orang memberi andaian sedemikian,” katanya memetik Harian Metro.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd Nor, 36, terkenal dengan imej dan penampilan unik bermisai lentik ini dikenali dalam bidang hiburan selepas mengacara program travelog terbitan TV9, Ke Korea Ke Kita bersama rakan hos, Myo. – MYNEWSHUB.CC

Gosip Wak Doyok Bercinta Bekas Isteri Sultan Brunei?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori