Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Agong Belanja Ustaz Ebit...

SHAH ALAM - Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew melahirkan rasa terharu apabila Yang...

Rekod Baru Dunia Pecah...

VISOKO (Bosnia) - Seorang juara muda taekwondo memecahkan 111 blok bata dengan kepalanya...

Undang-Undang Tidak Kenal Ahli...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang diingatkan bahawa undang-undang tidak mengenal individu sama ada...

Pemilihan Semula, Buktikan Tak...

KUALA LUMPUR - DAP perlu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) seperti yang diputuskan Jabatan Pendaftaran...

Wanita Berusia 25 Tahun Kini Umpama Kanak-Kanak

KUMARI KUNTI sudah dewasa, berusia 25 tahun namun disebabkan penyakit misteri yang dialaminya, dia kini kelihatan seperti kanak-kanak.

Dia menghidap penyakit di mana tulangnya mengecut dan keadaan itu dialaminya sejak berusia sembilan tahun.

Kumari kini hanya terbaring di atas katil dan tidak dapat bergerak.

Dia yang menetap di kawasan pedalaman di Chatra, India itu, mengalami penyakit tersebut sejak berusia sembilan tahun dan kini Kumari dijaga oleh ibunya, Devi Tilakwa, 60.

Bapanya sudah meninggal dunia 12 tahun lalu.

“Dia adalah kanak-kanak normal tetapi apabila meningkat remaja, keadaannya berubah, Dalam masa lapan tahun dia menghidap penyakit itu, Kumari kehilangan tenaga dan tulangnya menjadi semakin lemah hinggakan sukar untuk bergerak.

“Dia kini hanya mampu terbaring,’’ kata Devi yang menyifatkan anaknya itu umpama`mayat’.

Dua lagi abang dan seorang kakak Kumari tidak mengalami penyakit berkenaan.


Kumari dan ibunya kini berharap agar penyakit tersebut dapat disembuhkan dan dia boleh berjalan semula.

Penderitaan yang dialaminya itu turut mendapat simpati penduduk kampungnya yang telah mengutip wang bagi membantu Kumari mendapatkan rawatan doktor di bandar.

“Kami tiada wang untuk membolehkan Kumari menjalani rawatan, malah hendak makan dua kali sehari pun terpaksa mendapatkan simpati penduduk.

“Nasib baik penduduk kampung membantu,’’ kata Devi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori