Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kementerian Agama Indonesia Kemuka...

JAKARTA – Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) mengemukakan usul kos tambahan operasi haji rutin...

Sufian Bersyukur Video Muzik...

SEKIRANYA mengikut perancangan awal, tanggal 23 Mac sepatutnya menjadi hari bahagia penyanyi, Sufian...

95% Liputan Jalur Lebar...

KOTA BELUD - Kerajaan, dengan usaha sama pemain industri telekomunikasi, giat melaksanakan pelbagai...

Restoran Mamak Al Ehsan...

Susulan kes seorang pengguna Facebook mendakwa sebuah restoran mamak di Wangsa Maju menggunakan...

Wanita Bunuh Kekasih, Belah Dada Selepas Aksi Seks Dirakamkan

Seorang gadis dihukum mati kerana membunuh kekasihnya dengan membelah dada lelaki itu selepas mengetahui lelaki tersebut telah merakamkan aksi seks mereka, dalam kes yang mengejutkan yang berlaku di Bangladesh, pada 2014.

Fatema Akhter Sonali, 21, berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Emdadul Haq Shipon enggan mengahwininya sebaliknya merakamkan aksi seks mereka.

Dia mengetahui mengenai rakaman berkenaan selepas melihat komputer riba Emdadul. Selain Fatema, terdapat juga aksi seks antara kekasihnya itu dengan wanita lain.

Pada hari kejadian, Fatema telah memasukkan 20 pil tidur dalam minuman Emdadul sebelum mengikat lelaki berkenaan apabila dia sudah tidak sedarkan diri.

Fatema kemudiannya mengelar leher lelaki itu bagi membunuhnya dan selepas melakukan perbuatan berkenaan, dia telah membelah dada Emdadul bagi melihat hati lelaki terbabit.


“Saya ingin melihat sebesar mana hatinya kerana hanya lelaki yang mempunyai hati yang besar sahaja sanggup melakukannya,’’ kata Fatema.

Fatema bagaimanapun masih berpeluang membuat rayuan ke atas hukuman mati itu. Namun jika hukuman itu diteruskan, dia akan menjadi wanita pertama di Bangladesh yang dihukum mati.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori