BAGI setiap wanita, dilamar teman lelaki merupakan detik terindah yang paling dinanti-nantikan.
Ada yang tersenyum, menangis terharu dan menjerit teruja saat dilamar. Namun, lain pula bagi wanita bernama Claire Blamley ini.
Ini kerana wanita ini langsung tidak sedar dilamar teman lelakinya, Ray Smith sebanyak 149 kali ketika mereka berselfie.
Smith dikatakan melamar Claire secara rahsia menggunakan sekeping kad yang tertulis, ‘Will you marry me?’ atau dalam bahasa Malaysia bermaksud, ‘Sudikah awak berkahwin dengan saya?’.
Difahamkan, Smith mendapat idea melamar teman wanitanya ketika mendapat tahu Claire mengandung sekitar Jun tahun lalu.
Smith merakam gambar 148 lamaran secara rahsia kerana mahu mendokumentari kahamilan Claire hari demi hari.
Dalam pada itu, Claire mengaku dia langsung tidak perasan lamaran rahsia ketika mereka merakamkan selfie kerana Smith tidak pernah menggunakan kamera hadapan.
Selain itu, Smith akan merakam sekeping lagi gambar selfie tanpa adanya kad ‘Will you marry me?’ dan menunjukkan pada Claire.
Akhirnya, semasa sambutan hari Krismas, Smith tidak lagi merakam gambar selfie mereka sebaliknya meletak kad lamaran itu bersama patung tanah liat untuk melamar Claire secara rasmi.
Sudah tentu, Claire menerima lamaran yang selama ini dia nanti-nantikan. – MYNEWSHUB.CC
Video Kompilasi Gambar Lamaran Smith kepada Claire