Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

Tak Boleh Kata Tiada...

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui surat nota tulisan tangan oleh bekas Perdana Menteri,...

Video: Keluarga Profesor Tular...

PASTI ramai sudah tengok kan video tular lucu melibatkan sebuah keluarga dari Korea...

Diplomat Veteran Gesa Peraturan...

SINGAPURA - Salah seorang diplomat paling berpengaruh Singapura hari ini menggesa pemansuhan undang-undang...

Pengundi BN Sedang Diperbodohkan...

Penyokong Barisan Nasional (BN) jangan mengulangi kesilapan lalu. Jangan sesekali mengabaikan BN seperti...

Wanita Larikan Kanak-Kanak Di Subang Direman 4 Hari

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia yang disyaki melarikan seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya di SS19, Subang Jaya, Selangor ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata wanita yang dikenali sebagai Azizah, 20, ditahan pukul 9.30 malam tadi ketika bersama mangsa.

Dia ditahan dengan bantuan ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baharu dekat sini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana munculik atau melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang sah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pemeriksaan mendapati wanita itu datang ke negara ini dengan dokumen sah menerusi ejen dan mahu menyewa di hotel tetapi tidak membawa sebarang dokumen menyebabkan dia membawa mangsa tidur di masjid.

Kehadiran mangsa dan suspek yang berlegar-legar di kawasan masjid dicurigai oleh ahli kariah masjid yang kemudiannya memaklumkan polis, kata beliau.

Mohammad Azlin berkata polis turut memberikan masa kepada kanak-kanak disleksia itu untuk berehat dan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk membuat pemeriksaan kesihatan.


“Dari siasatan awal, mangsa rela hati mengikut suspek keluar dari rumah berdasarkan surat tulisannya yang turut menyatakan tidak mahu ibu bapanya risau dan mencarinya,” kata Mohammad Azlin.

Suspek, yang mendakwa melarikan diri daripada majikannya ditemui ibu bapa kanak-kanak itu di perhentian bas berhadapan pusat beli-belah Subang Parade pada 5 April lepas.

Mereka kemudian membawa suspek pulang ke rumah kerana simpati dengannya.

Kanak-kanak itu disedari hilang kira-kira 5.00 pagi semalam.

Berita kehilangannya menjadi viral di laman sosial Facebook apabila ibu saudaranya memuat naik gambar mangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • OKU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori