Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Video: Inilah Kucing Pelompat...

BAGI kami, kucing mungkin merupakan haiwan peliharaan yang hampir sempurna. Melihat telatahnya saja, sudah...

Mujahid Nafi Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

Samsung S7 Berada Dalam...

KUALA LUMPUR - Telefon pintar yang begitu dinanti-nantikan, Samsung Galaxy S7, akan berada...

Anggota Tentera Terharu Usung...

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meminta dari majikannya ditugaskan sebagai pengangkat...

Wanita Maut Akibat Pengambilan Ubat Kurus

“Tolong jaga anak-anak saya, saya rasa saya akan mati,’’ ia merupakan kata-kata terakhir seorang wanita, Kirsty Hughes, 26, kepada bapanya sebelum dia rebah dan tidak sedarkan diri selama dua hari.

kirs

Kirsty kemudiannya meninggal dunia selepas itu setelah mesin sokongan hayatnya dihentikan oleh doktor.

Kirsty, ibu kepada dua anak mengalami keadaan berkenaan selepas mengambil ubat kurus, mephedrone, dalam usahanya untuk menguruskan badan setelah melahirkan anak keduanya kira-kira setahun lalu.

Dia membeli ubat terbabit melalui WhatsApp dan berharap ubat itu dapat membantunya mendapatkan semula bentuk badan sebelum ini.

Kirsty Hughes,

Perkara itu dinyatakan oleh bapanya, Kevin ketika memberikan keterangan dalam inkues yang diadakan di South Wales bagi menentukan punca kematian wanita terbabit.

Menurut Kevin, selepas dua hari tidak sedarkan diri, alat sokongan hayat pada Kirsty telah dihentikan oleh doktor dan organ dalamannya telah didermakan kepada mereka yang memerlukannya.


“Kirsty diberitahu bahawa dia gemuk dan sebab itu dia mengambil ubat itu. Kristy amat bimbangkan mengenai berat badannya dan menyangka ubat itu dapat membantunya mengurangkan berat badan,’’ katanya.

Kevin berkata, pada malam kejadian, Kirsty mengalami badan yang berpeluh-peluh manakala nafasnya pula tercungap-cungap.

Tidak lama kemudian dia pengsan di rumah mereka dan Kevin cuba untuk memberikan bantuan sebelum anaknya itu dikejarkan ke hospital.

“Kepada wanita di luar sana tolonglah jangan ambil ubat seumpama itu untuk turunkan berat badan.

“Anda mungkin berfikir ia tidak akan berlaku kepada anda, begitu juga dengan anak saya, tetapi lihatlah apa yang berlaku,’’ katanya sedih.

Dalam pada itu doktor memaklumkan punca kematian Kirsty adalah akibat kecederaan otak dan serangan jantung berpunca daripada ubat terbabit.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori