Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pasca Banjir: 631 Buah...

KOTA BAHARU - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah membaiki sebanyak 631 buah...

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan...

Aliran Trafik Di Lebuhraya...

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat...

MB Harap Ketua Pembangkang...

SHAH ALAM - Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berharap jawatan Ketua Pembangkang Dewan...

Wanita, Teman Lelaki Direman Seminggu Bantu Siasatan Kes Kematian Bayi

SEPANG – Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya direman selama seminggu mulai hari ini untuk siasatan berhubung kematian seorang bayi perempuan di sebuah pangsapuri di Putra Perdana di sini, Jumaat.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alpha Dragam selepas kedua-dua suspek dibawa polis ke Mahkamah Majistret di sini, Sabtu.

Kedua-dua suspek ditahan polis sebaik sahaja bedah siasat ke atas bayi berkenaan dijalankan di Hospital Putrajaya semalam. Bayi berusia setahun tujuh bulan itu meninggal dunia dipercayai akibat dihempas ke lantai.

Bayi berkenaan pada mulanya dihantar ke sebuah klinik swasta di Putra Perdana pada kira-kira 12 tengah hari semalam oleh teman lelaki ibunya selepas tidak sedarkan diri didakwa akibat terjatuh di dalam rumah.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang.

Hasil bedah siasat Hospital Serdang mendapati punca utama kematian adalah akibat pendarahan di kepala dan pendarahan pada bahagian perut akibat hentakan objek tumpul.


Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sedang menangis untuk mengikut ibunya keluar pergi kerja namun seorang daripada suspek berang lalu mendukung dan menghempas bayi itu ke lantai.

Wanita itu dikatakan mengalami masalah rumahtangga dan tidak berhubung dengan suaminya sejak awal 2016 dan mengambil keputusan keluar dari rumah bapa mentuanya di Sungai Buloh untuk tinggal menyewa di Putra Perdana.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori