Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belanja RM6.31Juta Utk...

KUALA LUMPUR ā€“ Sejumlah RM6.31 juta telah dibelanjakan kerajaan untuk membiayai lawatan rasmi...

Lahirkan Modal Insan Berkualiti...

KOTA BELUD - Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan untuk melahirkan modal...

PRK Port Dickson: ‘Saya...

KUALA LUMPUR ā€” Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan...

Guru Sambilan ā€˜Diserangā€™ Ibu...

JAKARTA: Seorang guru sambilan Sekolah Dasar (SD) Karawang Kulon I di Karawang Barat,...

Wartawan Turki Dipenjara Siar Kartun Nabi Muhammad

ANKARA – Sebuah mahkamah di Istanbul semalam menjatuhi hukuman dua tahun penjara ke atas dua wartawan terkenal Turki kerana menyiarkan gambaran kartun Nabi Muhammad dalam ruangan yang diterbitkan akhbar satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo.

Hukuman ke atas dua kolumnis akhbar harian pembangkang Cumhuriyet itu, mengetatkan lagi amaran berhubung kebebasan akhbar di Turki di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang menjadikan Islam sebagai asas politik beliau.

“Wartawan itu masing-masing dihukum dua tahun penjara,” kata peguam kepada Hikmet Cetinkaya dan Ceyda Karan, Bulent Utku.

“Kami akan merayu di Mahkamah Rayuan,” kata Utku kepada AFP selepas perbicaraan di mahkamah jenayah di Istanbul.


Pasangan itu dihadapkan ke mahkamah pada Januari tahun lalu atas tuduhan “menghasut kebencian awam” dan “menghina nilai-nilai agama” selepas menyiarkan kartun kontroversi itu di dalam ruangan mereka. – AGENSI/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori