Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kekerapan Operasi Tren ERL...

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA...

Polis Tercantik Jerman Diarah...

DRESDEN, Jerman – Seorang wanita yang digelar polis tercantik Jerman’ diberi kata dua...

Nabila Huda Bakal Tawan...

HARI ini pelakon Nabila Huda sudah memulakan misi untuk menawan puncak Annapurna, Nepal. Suaminya,...

Banjir Semakin Pulih, Jumlah...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan...

Waspada Tawaran Pakej Umrah Murah Di Bawah RM4,900

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan tidak menerima penawaran pakej umrah bernilai di bawah RM4,900 iaitu di bawah paras harga minimum yang ditetapkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sehubungan itu, Mas Ermieyati berkata kesedaran pengguna adalah penting untuk menyemak maklumat terkini mengenai pakej umrah yang ditawarkan menerusi laman web kementerian berkenaan.

“Harga pakej minimum yang ditetapkan MKSU adalah RM4,900 untuk tempoh umrah 12 hari 10 malam. Ini untuk menyedarkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pakej umrah yang murah. Kalau murah daripada itu, tidak boleh,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Yunus Kurus mengenai langkah menangani kes penipuan umrah dan khidmat upah badal haji kebelakangan ini yang menimbulkan kekeliruan.

Menurut Mas Ermieyati, bukan sahaja masyarakat luar bandar yang terpedaya dengan tawaran pakej umrah murah malahan golongan profesional juga tidak terkecuali kerana ramai yang tertarik dengan harga murah yang ditawarkan.

Beliau berkata sebanyak 3,411 kes penipuan pakej umrah bernilai kira-kira RM18.6 juta dilaporkan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sejak 2012 hingga Mac tahun ini.


Sepanjang tahun ini pula setakat ini, sebanyak 210 kes penipuan umrah telah dilaporkan, katanya.

Mas Ermieyati berkata selain penetapan harga minimum umrah, MKSU yang ditubuhkan untuk mengekang dan mengawal kegiatan penipuan pakej umrah oleh individu atau ejen dan syarikat pelancongan turut memperkenalkan lesen khas umrah, kempen kesedaran dan meningkatkan aktiviti pemantauan serta penguatkuasaan.

Berhubung isu badal haji, beliau berkata buat masa ini ia tidak dikawal selia oleh mana-mana kementerian sebelum ini.

“Bagaimanapun, ia akan dimasukkan dalam bidang kerja MKSU untuk memantapkan lagi tugas pemantauan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • umrah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori