Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Penyelam Perlu Dapatkan Kebenaran...

MERSING - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah kepada semua...

Beribu Pekerja MAS Bakal...

Malaysian Airline System Bhd sedang mempertimbangkannya langkah pengurangan kerja, semakan semula arahan pesawat...

Hormati Sumbangan Bangsa Lain...

SEMPORNA - Menghormati bangsa lain dan menghargai sumbangan mereka perlu ditekankan dalam usaha...

Remaja Penagih Tergamak Samun,...

SEORANG penyamun bertindak memotong kaki kiri seorang nenek tua sehingga putus apabila cuba...

Zahid Sebak Ketika Ziarah Haron Din Di IJN

WAIMA berbeza fahaman siasah, keterbukaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sakit mendapat perhatian ramai netizen tempatan.

Menerusi catatan kicauan terbaharu laman Twitter beliau @Zahid_Hamidi pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri itu dilaporkan menziarahi tokoh PAS tersebut di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau lengkap berpakaian Melayu warna merah muda dengan diiringi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis kelihatan cukup ceria bertanyakan khabar keadaan kesihatan pemimpin PAS tersebut yang terlantar di atas katil.

“Saya dan isteri menziarahi Tuan Guru Dato Haron Din. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh. Amin #AZH,” kicau Ahmad Zahid, 63; secara ringkas dalam catatan Twitternya itu dengan disertakan dua gambar.

Apa yang cukup menyentuh perasaan, apabila salah satu daripada foto tersebut menunjukkan beliau kelihatan sebak sambil mengesat air mata ketika Haron cuba mahu menunjukkan senaskhah buku kepada Ahmad Zahid.


Naib Presiden UMNO dan kini menjalankan tugas Timbalan Presiden parti pada Februari lalu mengumumkan pelantikan Haron sebagai Ketua Kluster Dakwah di bawah Majlis Perundingan Islam yang dipengerusikannya.

Haron, 75; yang berasal dari Kangar, Perlis dan aktif menyertai PAS sejak 1974; sudah beberapa kali pernah menerima rawatan komplikasi jantung serta dimasukkan ke IJN pada 24 Mac lalu selepas mengadu sakit dada.

Antara pemimpin kenamaan yang menziarahi beliau termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 5 April dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pada 31 Mac lalu. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori