Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lebih 100 Belia Hadir...

KUALA LUMPUR - Lebih 100 golongan belia celik teknologi hadir dalam program #TanyaGomen...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama ke Pantai Timur...

45 Maut Dalam Serbuan...

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam beberapa serbuan polis yang menyasarkan geng sindiket...

Takziah… Tiga Sharifah Kehilangan...

SALAM takziah buat keluarga Sharifah Sakinah, Sharifah Shahirah dan juga Sharifah Haslinda yang...

Zahid Ucap Tahniah Kepada Khairul Idham

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pelumba Malaysia Khairul Idham Pawi yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina awal pagi ini.

“Tahniah! Khairul Idham Pawi pelumba negara mjuarai #motoGP3 di Argentina sebentar tadi. Terima kasih harumkan nama negara,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter beliau hari ini.

Pelumba berusia 17 tahun dari pasukan Honda Team Asia ini mencatat masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di Litar Termas de Rio Hondo.

Pelumba Sepanyol, Jorge Navarro yang mewakili pasukan Estrella Galicia 0,0 Honda dan pelumba Afrika Selatan, Brad Binder dari Red Bull KTM Ajo masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan catatan 42’1.622 saat dan 42’5.512 saat.


Seorang lagi penunggang Malaysia, Adam Norrodin dari pasukan Drive M7 SIC Racing Team menduduki tangga ke-11 walaupun terbabit dalam kemalangan di selekoh akhir pusingan.

Kemenangan ini menyaksikan Khairul Idham memungut 25 poin untuk berada di tempat keempat sementara Adam kekal di tangga ke-19 dengan lima poin selepas leg kedua kejohanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori