SELEPAS menunaikan umrah bersama isteri dan anaknya, pelakon Zahiril Adzim berkata dia kini menyimpan hajat mahu lakukan ibadah haji pula jika diberikan peluang.
“Insya-Allah jika ada rezeki dan diberikan peluang untuk ke tanah suci lagi, saya mahu mengerjakan haji pula,” ujarnya.
Pemergian Zahiril buat kali kedua ke tanah suci untuk menunaikan umrah adalah sangat berharga buat dirinya kerana dia memang berhajat membawa anaknya ke Gua Hiraq.
“Hajat saya nak bawa anak ke Gua Hiraq tempat Nabi Muhammad menerima wahyu tercapai juga akhirnya.
“Bila sampai di puncak, saya rasa sebak dan gembira kerana dapat menikmati kesucian tempat tersebut,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Redha. – MYNEWSHUB.CC