Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Wujudkan Bank Perumahan Bantu...

Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan mencadangkan agar Bank Perumahan diwujudkan oleh kerajaan...

KPDNKK Perkasa MYCC Tangani...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperkasa dan...

“Saya Dah Usaha Selamatkan...

Fasha Sandha yang telah sah bercerai dengan Jejai semalam memberitahu, keputusan untuk bercerai...

Proton IRIZ Rancang Teroka...

SHAH ALAM - Proton Holdings Berhad (PROTON) merancang untuk mengeksport model kereta terbarunya,...

Zoo Rancang Masa Depan Pusat Pemuliharaan Panda

KUALA LUMPUR – Malaysia bakal berhadapan sindrom ‘sangkar kosong’ dalam masa lapan tahun akan datang apabila panda gergasi dihantar pulang ke negara asal mereka.

Persoalan itu timbul mengenai masa depan pusat pemuliharaan panda di Zoo Negara yang ada pada ketika ini.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly @Rahmat Ahmat Lana berkata zoo itu masih tidak mempunyai rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap pusat tersebut apabila semua panda dikembalikan.

“Tetapi sementara itu kita sedang berusaha mendapat panda merah.

“Kami masih mempunyai lapan tahun dan apabila tiba masanya kita akan mengkaji haiwan apakah yang sesuai ditempatkan dalam iklim sejuk di pusat itu,” katanya.

Rosly bagaimanapun, lebih suka jika panda-panda itu dibenarkan untuk kekal di sini kerana mereka telah menarik ramai pelawat.


“Jika kita melakukan dengan baik, kita boleh meminta masa lanjutan seperti Thailand. Mereka mendapat tambahan selama lima tahun,” katanya.

Panda Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014, sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China.

Anak mereka yang dinamakan Nuan Nuan, dilahirkan pada 18 Ogos tahun lepas. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori