SEORANG pemandu warganegara Singapura dikatakan memandu secara kurang ajar dengan menukar lorang secara melulu, mengakibatkan beberapa siri kemalangan kecil di Johor Bahru.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik pengguna Facebook Azlina Abu Bakar, pemandu kereta jenis Mercedez Benz, bernombor plat SKN 8285 M, memandu secara berbahaya seoalah-seolah berada di bawah pengaruh alkohol.
Difahamkan, sewaktu kejadian pemandu tersebut secara tiba-tiba menyimpang dari lorang kiri ke lorang kanan tanpa memberi isyarat, lantas menyebabkan empat buah kereta yang berada di belakang bertembung akibat tidak sempat melakukan brek kecemasan.
Lelaki terbabit dilaporkan cuba melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditahan oleh pemandu lain, selepas sahaja daripada Plaza Tol Kempas.
“Kalau nak report polis, reportlah. Polis Johor baik dengan saya. Apa you orang boleh buat? Sebab tiada kesan langgar pada kereta dan tiada bukti langgar. You ingat I tak tahu law?!” kata lelaki itu.
Walaupun dia menafikan, ramai saksi yang memberitahu bahawa lelaki tersebut merupakan punca kepada kemalangan yang berlaku.
Azlina di dalam pautan yang sama turut memberi ‘nasihat’ kepada pengguna jalan raya khususnya di Johor sekiranya bertembung dengan kereta Mercedez Benz tersebut.
“Moralnya, jika sesiapa nampak pemandu Mercedes S400 berwarna hitam, nombor pendaftaran SKN 8285 M, sila berhati-hati.
“Kiasu Singaporean datang ke Malaysia berlagak macam gangster. Dah buat salah, lari. Dapat tangkap, tak mahu mengaku pula. Bahasanya? Amat kurang ajar,” katanya. – MYNEWSHUB.CC