Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kunak Rampas 12...

KUNAK - Polis merampas 12 ekor ayam sabung hasil serbuan ke atas sebuah...

Pakatan Kesal Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR - DAP yang menganggotai Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal kerana sangat...

Sokong Serangan Udara Libya,...

DOHA - Qatar memanggil dutanya ke Mesir hari ini untuk menjelaskan mengenai siri serangan udara...

MAIPS Sumbang RM20K Kepada...

KUALA PERLIS - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) menyumbangkan...

PRN: Semangat Jentera DAP Sarawak Semakin Pudar

KUCHING – Antara sesuatu yang dianggap amat pelik dapat disaksikan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 di seluruh Sarawak ketika ini ialah gerak kerja jentera pembangkang khasnya DAP.

Tinjauan Mynewshub dalam beberapa kempen ceramah politik parti berasal dari Semenanjung itu mendapati, sambutan masyarakat setempat terhadap DAP bukan sahaja memalukan malah menyedihkan mereka sendiri.

Berdasarkan pengalaman penduduk tempatan yang pernah merasai banyak kali PRN, suasana kali ini jauh lebih lesu berbanding dengan PRN ke-10 pada 2011 apabila sambutannya begitu ‘menakutkan’ kerajaan BN waktu itu.

Lima tahun lalu, ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kemudian Tun dan Yang Dipertua Negeri Sarawak) melangkah memasuki PRN dalam keadaan amat lemah seolah-olah BN bakal lenyap terus selepas itu.

Impak pasca Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang menyaksikan kerajaan BN tumbang di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak selain gagal menawan Kelantan daripada PAS memberi kesan besar kepada politik Sarawak.

dap2

dap3

Maka isu kelemahan urus tadbir Abdul Taib dijadikan modal pembangkang terutama DAP yang mencipta sejarah besar apabila mampu menguasai 12 kerusi berbanding hanya enam kerusi semasa PRN kesembilan pada 2006.

Tidak ketinggalan sekutunya, PKR menang tiga kerusi (tambah dua kerusi lagi) dan calon bebas pula satu kerusi, manakala BN cuma 55 kerusi iaitu hilang lapan kerusi dibandingkan dengan 62 kerusi ketika PRN sebelumnya itu.

Susulan itu, Abdul Taib berundur secara mengejut pada 2014 diambil alih Tan Sri Adenan Satem yang waktu itu merupakan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak dan Ketua Penerangan PBB, parti utama komponen BN Sarawak.

Itu kisah dahulu, dan PRN kali ini nyata amat berbeza apabila DAP yang dianggap pembangkang terbesar dilihat bergerak dalam keadaan cukup lesu di sebalik kecanggihan pentas ceramah mereka lebih gah daripada BN sendiri.

Khabarnya sambutan untuk setiap program ceramah mereka hanya dihadiri kurang 300 orang malah yang paling hebat pun mungkin 500 orang setelah ditolak jumlah petugas parti itu, pejalan kaki, peniaga dan pelanggannya.


dap4

dap5

Bayangkan ketika PRN pada 2011, ceramah DAP boleh menghimpunkan paling sedikit pun 3,000 orang tetapi senario kini menyaksikan hendak mendapat 200 orang mereka sudah ‘berpeluh’ dan itu dianggap cukup baik.

DAP khabarnya untuk menutup aib terpaksa menyalahkan tindakan tegas kerajaan Sarawak menyekat kemasukan kononnya ribuan aktivis sukarelawan mereka dari Semenanjung datang membantu kempen pembangkang itu.

Malangnya tohmahan tersebut tanpa disedari menunjukkan penduduk tempatan khasnya kaum Cina semakin menjauhkan diri daripada DAP apabila kurang menjadi jentera kempen waima ditawarkan insentif itu dan ini.

Bukanlah sesuatu rahsia apabila ramai maklum DAP sanggup membiayai tiket penerbangan pergi balik, kos pengangkutan, penginapan termasuk belanja makan ikan empura yang paling mahal untuk setiap jenteranya.

Ironi, ganjaran material itu tetap gagal ‘pikat’ ramai anak muda menjadi petugas DAP dan lebih dahsyat, sambutan masyarakat setempat kian pudar, sekali gus menjatuhkan moral jenteranya ke tahap paling rendah. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori