Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Inkues 3 Lelaki Ditembak...

KUALA LUMPUR - Inkues 3 lelaki ditembak mati polis di Batu Arang, Rawang...

‘Pocket Rocketman’ Raih Gangsa...

JAKARTA – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal menambah koleksi pingat...

Tukang Masak Lepas Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Seorang tukang masak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari...

Lelaki Tertembak Mati Rakan...

LUMUT - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terkena tembakan rakannya ketika mereka memburu...

11 Dipanah Petir Di Paris

PARIS – Sembilan kanak-kanak dan dua dewasa dipanah petir di sebuah taman di Paris, semalam dengan empat daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut jurucakap perkhidmatan bomba Perancis, Eric Moulin, insiden itu berlaku di taman Monceau di daerah barat laut ibu negara Perancis.

Tiga kanak-kanak dan seorang dewasa dilaporkan kritikal sementara lima mangsa lain hanya cedera ringan, katanya.

Beliau menambah, mangsa bernasib baik selepas seorang anggota bomba tidak bertugas memberikan bantuan kecemasan pantas.


Kanak-kanak terbabit berusia antara tujuh hingga 14 tahun sedang menyambut satu majlis hari jadi di taman itu, menurut pegawai tempatan seperti dipetik saluran televisyen Itele TV. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori