Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jangan Perbesar Isu Abu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri berkata isu abu mayat Chin Peng yang dibawa...

7,000 Pelajar B40 UM...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 7,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Universiti...

‘Boleh Ke Simpan Baki...

KEBIASAANNYA ramai ibu bapa berasa sayang hendak membuang lebihan ubat yang telah digunakan...

Genting Catat Kerugian Dalam...

KUALA LUMPUR - Genting Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM275.80 juta pada suku...

11 Pendatang Asing Ditahan Dalam Operasi Imigresen

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Thailand dalam dua operasi berasingan di beberapa lokasi di sekitar Sungai Petani, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah, Mohd Shahrir Khalil berkata dalam ‘Ops Selera’ dan ‘Ops Sayang’ di dua lokasi sekitar Sungai Petani, anggota imigresen menahan lima lelaki Myanmar dan dua lelaki serta empat wanita warga Thailand.

“Dalam ‘Ops Selera” bermula 7.10 malam itu, pemeriksaan dilakukan di sebuah premis perniagaan di Mukim Pinang Tunggal dan lima lelaki Myanmar berumur antara 20 hingga 35 tahun ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Sementara itu, dalam ‘Ops Sayang’ pada pukul 7.30 malam pula, pegawai imigresen telah menjalankan pemeriksaaan di kawasan perniagaan yang sama dan dua lelaki serta empat wanita Thailand berumur antara 24 hingga 46 tahun telah ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shahrir berkata kesemua yang ditahan ditempatkan di Lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori