Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Selepas 20 Tahun Di...

BUENOS AIRES – Seekor orang utan betina akhirnya berjaya dibebaskan daripada kurungan Zoo...

Wartawan Palestin Ditembak Mati...

GAZA CITY - Seorang petugas media Palestin maut ditembak tentera Israel ketika insiden...

Anwar PM: Gesa Wan...

SALAM ukhwah Malaysia baharu, berhubung maklum balas gesaan perletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia...

Tun M Masih Mampu...

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang genap usia 90...

12 Mangsa Bot Hilang Selamat Tiba Di Jeti APMM

JOHOR BAHRU – Kesemua 12 mangsa bot memancing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Aur, Mersing sejak Selasa, sebelum ditemui semalam, selamat tiba di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kuala Sedili dekat Kota Tinggi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kesemua mangsa tiba di jeti berkenaan kira-kira 1 pagi tadi dengan bot mereka ditunda oleh kapal APMM.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan ketibaan mereka disambut anggota keluarga dan rakan-rakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata siasatan mendapati berlaku kebocoran pada saluran minyak ketika bot tersebut dalam perjalanan pulang ke darat pada pagi Khamis lepas yang kemudiannya menyebabkan bot itu kehabisan minyak.

Bot nelayan itu, yang membawa seorang tekong, seorang awak-awak dan 10 kaki pancing, bertolak dari jeti Tanjung Sedili pada Selasa dan sepatutnya pulang pada Khamis.


Bagaimanapun, kedudukan terakhir bot itu dikesan di perairan Pulau Aur, kira-kira empat batu nautika dari Pulau Jemaja, Indonesia.

Laporan kehilangan mangsa dibuat oleh isteri tekong yang juga pemilik bot itu pada 6.30 petang, dua hari lepas, setelah gagal menghubungi suaminya.

Bot itu kemudian dikesan pada 6.15 petang semalam oleh aset udara APMM di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut, Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori