Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kastam KLIA Rampas Dadah...

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

Tiada Penglibatan China Isu...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan penglibatan China dalam pertikaian pembayaran...

Proposed Science Essay Topics

1 typical error that lots of persons do while writing it, is building...

Siswa Perubatan, Staf Hotel...

PETALING JAYA - Seorang siswazah perubatan sebuah universiti di Mesir dan seorang pekerja...

178 Warga Asing Diperiksa Dalam Op Rantau Di George Town

GEORGE TOWN – Seramai 178 warga asing diperiksa dalam Op Rantau di sekitar hostel dan tempat tinggal mereka di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi yang bermula pukul 10 malam hingga 12 tengah malam itu, pihaknya membuat pemeriksaan di empat lokasi iaitu Solok Merican, Tanah Rezab Jalan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Lebuh Victoria dan Lebuh Katz.

“Ada antara mereka yang cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Bagaimanapun mereka gagal berbuat demikian kerana kami terlebih dahulu mengepung hostel mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas 178 warga asing berkenaan, polis menahan 16 orang termasuk tiga wanita kerana tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan diri.


Mior Faridalatarash berkata mereka yang ditahan berusia anatara 25 hingga 48 tahun terdiri daripada enam lelaki Bangladesh, Indonesia (dua lelaki dan tiga wanita), Myanmar (empat lelaki) dan Nepal (seorang lelaki). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori