Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gadis Afghan Bermata Hijau...

ISLAMABAD - Masihkah anda ingat dengan gadis bermata hijau dari Afghanistan yang gambarnya...

Polis Perancis Nasihat Ibu...

FACEBOOK ialah salah sebuah laman media sosial yang amat popular digunakan oleh segelintir...

Seorang Pegawai Khas SST...

SEREMBAN - Seorang pegawai khas berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilantik...

Kapsul Rugi, Formula Letak...

JIKA diperhatikan sambutan yang cukup hangat diberikan peminat terhadap filem tempatan seperti Polis...

186,000 Anggota RELA Terlibat Jenayah, Masalah Disiplin

PUTRAJAYA – Sebanyak 186,000 daripada 3.8 juta anggota RELA di seluruh negara akan dikeluarkan daripada jabatan itu menerusi program pemutihan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata proses itu bertujuan mengelakkan wujud unsur negatif termasuk pembabitan dalam jenayah dan masalah disiplin di kalangan anggota biasa atau yang mendapat kedudukan sebagai ahli bersekutu atau kehormat.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata tindakan berterusan bermula Januari lalu mengenal pasti 34 daripada 186,000 anggota RELA terbabit dalam kes jenayah bersabit kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.

“RELA harus lebih serius, kalau hendak tambah ahli, jabatan ini harus juga melihat kualiti anggota yang diambil. Kualiti penting dan bukannya kuantiti, kerana kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA kepada 39 Pemimpin Muda Kesatria Muda Keselamatan (KMK) bagi Exco Puteri UMNO di sini Khamis.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin merupakan antara 39 yang menerima Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA daripada timbalan perdana menteri.

Menurut Ahmad Zahid, langkah mengekalkan kualiti sentiasa terjamin adalah bagi memastikan RELA serius dalam melaksanakan tugas sebagai barisan kedua pertahanan serta keselamatan negara selepas polis dan tentera.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan golongan belia menyertai RELA bagi menyemai semangat kesukarelawan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.

Jabatan Sukarelawan Malaysia yang lebih dikenali sebagai RELA, katanya setakat ini daripada jumlah 3.8 juta anggotanya, 1.01 juta terdiri daripada anggota berumur 30 tahun dan ke bawah.


Sementara itu, Ketua Pengarah RELA, Datuk Kamariah Mohd. Noah berkata proses pemutihan itu dilakukan terhadap anggota yang sudah lama berkhidmat dan anggota baharu sebelum diserap sebagai anggota RELA.

Katanya 186,000 anggota berumur dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun itu bukan sahaja ada masalah disiplin atau terlibat dalam jenayah tetapi juga termasuk mereka yang meninggal dunia serta memberi alamat yang tidak betul.

Menurut Kamariah, proses saringan pemutihan dilakukan dengan pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia sebelum diberi kad kuasa.

“Kalau dahulu, sebaik sahaja mohon, terus automatik dapat kad kuasa. Sekarang tidak. Kita akan periksa latar belakang mereka dengan tiga jabatan itu. Jika didapati bersalah, kita akan tarik keanggotaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Kamariah menegaskan proses pemutihan amat penting kerana RELA benar-benar ingin pastikan mana-mana anggotanya tidak menyalahgunakan kursus belajar tembak untuk mengancam keselamatan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori