Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bukit Aman Panggil Dr...

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan...

Rampasan Terbesar SPRM Di...

KUALA LUMPUR - Rampasan RM114.5 juta berkaitan dengan penyelewengan projek infrastruktur asas bernilai...

“Sabar Saya Ada Batasan”...

KUALA KANGSAR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sentiasa terbuka...

Tragedi Mina: Kisah Jemaah...

TRAGEDI rempuhan di Mina pastinya meninggalkan satu kenangan pahit buat semua keluarga mangsa...

2 Remaja Ditahan Disyaki Jual Dadah Di Georgetown

GEORGETOWN – Dua remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah ditahan dalam operasi di sebuah rumah di Jalan Tanjung Tokong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata hasil pemeriksaan di rumah teres dua tingkat di kawasan Peper Estate itu, polis menemui heroin seberat 701 gram dan syabu seberat 51 gram.

“Polis turut merampas seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas…kesemua rampasan dan dadah itu dianggar bernilai lebih RM30,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini

Beliau berkata polis percaya dadah yang dirampas itu adalah untuk dijual di pasaran tempatan dan kumpulan itu telah beroperasi lebih dari enam bulan.

Kedua-dua remaja berusia 16 dan 18 tahun itu tidak lagi bersekolah dan tidak bekerja, katanya.


Mior Faridalatrash berkata polis telah mengenal pasti dalang utama sindiket pengedaran dadah itu dan sedang memburunya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati ibu kepada remaja berusia 18 tahun itu sedang dipenjarakan kerana kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah ditahan polis pada September lepas dan kes itu masih dalam prosiding mahkamah.

Polis juga percaya wanita dan anak lelakinya itu berada dalam sindiket dadah yang sama, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori