Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PPBM Memang Telah Dijangka...

SEHARI dua ini, tindakan ketua pertubuhan bukan kerajaan IDEAS, Wan Saiful Wan Jan...

Tunku Laksamana Johor, Tunku...

JOHOR BAHRU - Anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar,...

Isu MB: Khalid Mohon...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa...

PRU15: Che Abdullah Wakil...

TUMPAT : Penyandang kerusi Parlimen Tumpat daripada Pas, Datuk Che Abdullah Mat Nawi...

2 Remaja Lemas Di Pantai Geliga, Terengganu

KEMAMAN – Kegembiraan tiga remaja yang mandi di Pantai Geliga, di sini semalam bertukar trajedi apabila dua daripadanya lemas akibat ditelan ombak besar.

Pegawai Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azmi Ab Rahim berkata mayat Amier Syafiq Azahari, 14 tahun ditemukan terdampar di pesisir pantai pada 5.50 petang semalam oleh orang kampung dalam jarak kira-kira 25 meter dari lokasi mangsa mandi.

Mayat rakannya Mohd Arif Azaharudin, 14, turut dijumpai terdampar di pesisir pantai kira-kira 6.40 pagi tadi oleh pasukan keselamatan yang melakukan rondaan.

“Ketika sedang melakukan rondaan di pesisir pantai pasukan penyelamat mengesan mayat mangsa pada jarak 20 meter dari lokasi mayat pertama,” katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu tiga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, dipercayai mandi-manda di kawasan pantai berkenaan kira-kira 4.30 petang semalam.


Bagaimanapun ketika sedang mandi mereka dipukul ombak dan dihanyutkan arus deras sebelum terkapai-kapai kelemasan.

Seorang lagi rakan mereka Alif Mursidi Awang, 14, berjaya menyelamatkan diri.

Azmi berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Unit Forensik Kemaman untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori