Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMLAND Bakal Bina Taman...

YOKOHAMA, Jepun: United Malayan Land Bhd (UMLAND) bekerjasama dengan sebuah syarikat Jepun untuk...

Dipeluk Jasad Ayah, 2...

TRAGIS apabila seorang lelaki yang sudah tidak bernyawa masih tetap memeluk anak tirinya...

Bantahan Rafizi Terhadap Afidavit...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak bantahan awal anggota Parlimen Pandan...

Tokoh Agama, Penyanyi Asal...

SINGAPURA – Guru agama serta pembimbing haji dan umrah terkenal di Singapura, Ustaz...

20 Anak Yatim Diajar Cara Penyediaan Makanan Sihat Gaya Bento

IPOH – Lebih 20 anak yatim dari empat pertubuhan kebajikan sekitar Perak hari ini berpeluang mempelajari penyediaan makanan sihat gaya Bento anjuran syarikat pengeluar makanan dalam tin terkemuka, Ayam Brand.

Pengurus pemasaran Ayam Brand Nickolas Nyeow berkata program itu merupakan tanggungjawab sosial korporat tahunan syarikat, selain menggalakkan kanak-kanak berkenaan bijak memilih makanan yang berzat serta seimbang.

“Selain kaya dengan protein, makanan dalam tin Ayam Brand seperti ikan tuna, kacang panggang dan sayur-sayuran turut mempunyai vitamin yang diperlukan dalam kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita pada majlis tersebut di sini.

Gaya bento adalah satu bentuk penyediaan bekalan makanan termasuk nasi dan lauk-pauk yang dibentuk atau dihias.

Pada majlis itu Ayam Brand turut memberi sumbangan bekalan makanan keluarannya kepada empat rumah kebajikan bagi keperluan selama dua bulan.


Sementara itu, bagi penjaga The Salvation Army Children’s Home, Chang Mun Yee berkata program sedemikian sangat bermanfaat kerana ia membantu para penjaga menyediakan makanan yang penuh khasiat kepada kanak-kanak.

“Makanan tradisional daripada Jepun ini penuh dengan seni yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk menghabiskan makanan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bento

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori